Friday, 11 January 2013
Thursday, 10 January 2013
RESEPI TAUHU SUMBAT
BAHAN TAUHU SUMBAT :-)
4 keping tauhu lumur dengan sedikit
garam
3/4 cawan parutan sengkuang
3/4 cawan hirisan halus timun
3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
BAHAN SAMBAL KACANG :-)
150 g kacang tanah, goreng hingga
kuning keemasan, toskan
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 sudu udang kering*(*dikisar halus)
1/4 cawan jus asam jawa
Sedikit air (jika perlu)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
- Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
- Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun.
- Hidangkan dan siram dengan kuah kacang. Sedia untuk dimakan.
Monday, 3 December 2012
TAUHU
Atas dasar Fardhu Kifayah, syarikat Inspirasi Hijrah mengorak langkah positif dengan mengambil menghasilkan satu lagi produk makanan iaitu Tauhu.
Selain tauhu, Inspirasi Hijrah turut menghasilkan Taufufa dan Air Soya (tempahan)
Tawaran harga adalah seperti berikut:
Tauhu - 5 biji (RM2.00)
Taufufa - 1 Cawan (RM1.50)
Air Soya - 1 Bungkus (RM1.50)
Selain tauhu, Inspirasi Hijrah turut menghasilkan Taufufa dan Air Soya (tempahan)
Tawaran harga adalah seperti berikut:
Tauhu - 5 biji (RM2.00)
Taufufa - 1 Cawan (RM1.50)
Air Soya - 1 Bungkus (RM1.50)
Thursday, 26 April 2012
MENGANCAM
Bila tengok gambar dibawah... wah.. lapar rasanya.
AYAM MASAK KARI
DAGING MASAK KORMA
DAGING MASAK RENDANG
DAGING MASAK KARI
Wednesday, 25 April 2012
RENDANG AYAM TOK SHAM - UMMI YASMIN
Bahan-bahan :
1. 4 ekor ayam dipotong kecil
2. Serai 15 batang (A)
3. Lengkuas 1 ibu jari (A)
4. Halia 1 ibu jari (A)
5. Kerisik 1 cawan mug (lagi banyak lagi sedap)
6. Santan 2 bijik kelapa
7. Daun kunyit 10 helai - hiris halus2 nipis2
8. Kunyit hidup 1 ibu jari (A)
9. Buah keras 5 ketul (A)
10. Cili giling (Cilibo) - ikut tahap kepedasan yang diingini
11. Garam & Gula secukup rasa
12. Serbuk ketumbar sikit
13. Bawang merah 30 biji (A)
14. Bawang putih 10 biji (A)
15. Bunga lawang, kayu manis
Catatan : Santan 2 biji kelapa = 700g
Cara-cara :
1. Kisar (Blend) semua Bahan A. Asingkan Bawang - jangan campur dengan yang lain-lain.
2. Lumur ayam dengan sedikit kunyit & garam. Goreng sekejap sampai keluar air hanyir ayam. Jangan sampai terlebih masak (overcooked).
3. Tumis Bawang dengan serbuk ketumbar, bunga lawang, kayu manis.
4. Bila sudah naik bau, masukkan bahan-bahan A yang telah kisar. Biarkan ia sebati. (Api kecil).
5. Kemudian, masuk cili giling (cilibo).
6. Bila dah nampak sebati & sejati kuah tu, masukkan ayam , santan dan kerisik.
7. Perlahankan api, masak selama 1 jam lebih sampai isi ayam terkeluar dari tulang.
8. Last sekali tabur daun kunyit dan gaulkan dengan ayam.
Dipetik dari www.resepimin.blogspot.com
(dengan menterjemah sebahagian ayat)

Subscribe to:
Posts (Atom)